Friday, September 3, 2010
Peningkatan Prestasi Sukan Bola Sepak Sekolah
Sekolah Smk kota marudu 2 merupakan sekolah yang mempunyai pelajar yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan terutamanya dalam sukan permainan Bola Sepak.Hal ini dapat dibuktikan daripada prestasi kejayaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.Tidaklah menghairangkan kerana permainan merupakan suatu aktiviti riadah yang tidak dapat ditinggalkan oleh para pelajar terutamanya pelajar asrama.Tambahan pula sekolah kami hanya mempunyai satu sesi pembelajaran pada setiap hari iaitu pada waktu pagi.Hal ini membolehkan semua pelajar asrama yang meminati aktiviti ini dapat bermain bersama-sama untuk meningkatkan prestasi masing-masing disamping membina suatu persefahaman antara satu dengan yang lain.Impak daripada hal ini kebanyakan daripada pemain bola sepak sekolah kami adalah berasal daripada pelajar asrama.
Gambar semasa menentang pasukan luar iaitu sitaring f.c
Semasa tahun pertama sekolah kami dibuka iaitu pada tahun 2006,sekolah kami hanya mempunyai tiga generasi tingkatan iaitu tingkatan 1,2 dan 4.Jumlah pelajar di sekolah kami pada masa itu kira-kira hanya mencecah seramai lima ratus orang ke atas.Ekoran daripada hal itu sekolah kami tidak mempunyai ramai pemain yang lebih matang berbanding dengan sekolah-sekolah lain yang mempunyai generasi pelajar tingkatan yang lengkap iaitu daripada tingkatan 1hingga ke tingkatan yang lebih tinggi iaitu tingkatan 6.Tambahan lagi para pemain bola sepak yang kurang berpengalaman pada masa itu.selain daripada itu,secara majoritinya pelajar sekolah kami merupakan pelajar yang datang daripada sekolah yang berlainan.Oleh itu agak sukar untuk para pemain memperoleh persefahaman yang kukuh dalam masa yang singkat itu kerana pertandingan bola sepak antara sekolah sering diadakan pada setiap awal tahun persekolahan.
Pasukan smk.kota marudu 2
Dalam pertandingan sukan bola sepak antara sekolah-sekolah daerah kota marudu pada tahun 2006,sekolah kami tidak mendapat tempat dalam dua kategori yang telah dipertandingkan.Namun tahun demi tahun kami telah mendapat peningkatan sehingga pada tahun 2010 ini yang amat membanggakan iaitu sekolah kami telah mendapat tempat pertama dalam dua kategori yang telah dipertandingkan iaitu kategori pasukan lelaki bawah 15 tahun dan lelaki bawah 18 tahun termasuk 2 penyertaan daripada tingkatan 6 atas.Kami dapat menggambarkan bahawa kejayaan ini seperti kejayaan yang menaiki tangga sehingga ke puncak menara kerana tidak ada penurunan prestasi sehingga ke pretasi yang lebih tinggi sebaliknya terjadinya peningkatan demi peningkatan.Menurut kronologi kejayaan bola sepak dari tahun 2006 hingga ke tahun 2010,pada tahun 2006 tidak ada pasukan daripada sekolah kami yang telah berjaya,pada tahun berikutnya iaitu tahun 2007 hanya pasukan 15 tahun ke bawah yang berjaya iaitu mendapat tempat kedua,pada seterusnya iaitu pada tahun 2008 juga hanya pasukan bawah 15 tahun yang berjaya iaitu mendapat tempat pertama,kemudian pada tahun 2009 sekali lagi hanya pasukan 15 tahun ke bawah yang telah berjaya iaitu telah mendapat tempat pertama dan pada tahun ini amat membanggakan kerana kedua-dua kategori pasukan bola sepak sekolah kami telah berjaya mendapat johan.kami amat bangga dan bersyukur akan hal itu.
Gambar pelajar smk kota marudu 2 sedang menjalani latihan
Sekarang sekolah kami aktif menyertai banyak pertandingan yang diadakan di luar sekolah.kami amat bangga kerana walaupun pasukan sekolah kami tidak mendapat tempat yang baik ,sekolah mempunyai daya saing yang tinggi kepada pasukan-pasukan luar yang lain.Bagi mengisi aktiviti tahunan kelab bola sepak sekolah kami juga aktif untuk menjalankan pelbagai aktiviti antaranya aktiviti pertandingan bola sepak antaranya kelas-kelas tingkatan,mengadakan pertandingan futsal dan banyak lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment